Kadang-kadang,
Kerap kali kita bertanya kenapa dan mengapa?
Orang yang kita paling cinta di pasak bumi ini mencari kita hanya
pada saat dan ketika dimana dia memerlukan sahaja
Sayang, jangan terlalu gusar dan berkecil hati
Mungkin juga, pada hari-hari dulu kalau di ‘re-call’ kembali kita
pernah buat benda sama pada manusia-manusia yang sayang pada kita
Jadinya,adakah masih mahu bertanya sekali lagi kenapa dan mengapa?
Belajarlah untuk menerima ketentuan yang manusia bukan sempurna
untuk menjaga hati manusia-manusia lain.